Pengguna
  • 7.4
  •  
Softonic
  • 8
  •  
Lesen:
Versi percubaan
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
(Pro Evolution Soccer)2011-08-24
Muat turun bulan lepas:
4,549,679
Saiz:
1405.98 MB
Pembangun:

Sim bolasepak yang pintar dan cantik dilihat

PES 2012 ialah permainan bola sepak versi terbaru yang popular untuk Windows dan konsol. Permainan ini mengandungi beberapa penambahbaikan ketara daripada PES 2011, menawarkan permainan dan grafik yang lebih baik berbanding versi sebelumnya.

PES 2012 perlu membuktikan kebolehannya. Siri ini kini mengekor di belakang FIFA EA, dan perlu mengatasi banyak kelemahan untuk memenangi pertandingan simulator bola sepak tahun ini.

Apa yang baru dalam PES 2012?

Perubahan dalam PES 2012 sebahagian besarnya tertumpu di sekitar permainan atas padang dan permainan pasukan, membolehkan pemain menggunakan sepenuhnya peluang taktikal. Antara perubahan dalam PES 2012 ialah:

- Enjin AI baru untuk pengalaman permainan berpasukan yang lebih realistik - Penyerang dan pertahanan bergerak sebagai unit yang lebih padu, membolehkan pemain memaksa kesilapan - Sistem pengalihan kursor baru membolehkan pemain memilih rakan sepasukan di mana-mana di atas padang - Sistem perebutan yang lebih baik dan perlanggaran pemain lebih realistik - Perubahan-perubahan lain termasuk animasi yang lebih baik, gaya pemain yang lebih pelbagai, kesan lampu yang dipertingkatkan, sistem bola mati yang lebih baik, dan lain-lain lagi

Bagaimanakah cara sistem AI baru berfungsi?

Terkenal kerana mengutamakan permainan atas padang, kebanyakan perubahan dalam PES 2012 adalah terhadap kecerdasan buatan dalam permainan. Rakan sepasukan dan lawan direka untuk bertindak dengan cara yang lebih tulen dan lebih sukar ditewaskan. Lima bidang utama yang diberi tumpuan - larian overlapping, larian silang, larian helah, pertahanan zon dan kawalan zon.

Sistem larian off the ball baru dalam PES 2012 membuka peluang baru dan memberi anda kawalan yang lebih kepada pasukan anda. Dengan menggunakan kayu analog yang tepat, anda boleh memilih pemain off the ball dan memaksanya berlari sambil terus mengawal pemain yang membawa bola. Kawalan ini renyah dan sukar dibiasakan tetapi berbaloi dipelajari kerana ia membolehkan anda mencari bukaan atau mengumpan pertahanan keluar daripada kedudukan untuk membuka ruang.

Peningkatan pertahanan dalam PES 2012 juga mengagumkan, dengan pasukan kini mengekalkan formasi lebih baik ketika diserang. Pertahanan kini lebih bijak. Kini tidak cukup hanya menekan butang untuk mengenakan tekanan kepada penyerang dan cuba merampas bola. Dengan PES 2012 anda perlu memastikan pertahanan di tempat yang betul dahulu, baru menyergap dengan tepat.

Gabungan AI yang ditambahbaik ketika menyerang dan keterdedahan pertahanan ketika satu lawan satu menjadikannya lebih mudah untuk mencipta peluang dalam PES 2012 berbanding versi sebelumnya, membawa kepada lebih banyak jaringan.

Apa lagi yang baru dalam Pro Evo 2012?

Seperti kebiasaan dengan kemas kini Pro Evolution Soccer, grafik dalam PES 2012 telah dipertingkatkan dan dalam keadaan tertentu, kesamaan dengan pemain sebenar sangat tulen. Animasi lebih lancar dan permainan tidak kekok, seolah-olah lebih lancar daripada FIFA.

Ini demo kedua PES 2012 dan tidak menggambarkan versi muktamad sim bola sepak Konami, tetapi ia memberi anda harapan kepada aspek permainan baru ini. Anda boleh bermain perlawanan sepuluh minit, memilih Tottenham Hotspur, Bayern Munich, Rangers, Club América atau Internacional. Anda patut cuba demo bahagian Latihan berasaskan cabaran untuk mendapatkan latihan amali kawalan baru PES 2012.

Skrin persediaan dan menu konfigurasi taktik dalam PES 2012 kelihatan lebih diselaraskan daripada versi sebelumnya, ini baik kerana menubuhkan pasukan anda dalam Pro Evo boleh menjadi proses yang memang susah. Kita tunggu dan lihat di dalam versi muktamad jika menu taktik mudah ini akan dikekalkan.

Kesimpulan

Sesetengah orang mengatakan Pro Evolution telah kalah kepada FIFA sejak tiga atau empat versi lepas. PES 2012 nampaknya sudah merapatkan jurangnya dengan FIFA, dengan menambah jenis kepintaran kepada permainan arked utama Pro Evo ini.

Dengan banyak penambahbaikan kepada permainan dan AI, PES 2012 sedang maju ke arah kecemerlangan dalam siri yang sudah lama ini.

Jika anda mahu mengimbas kembali perkembangan Pro Evolution Soccer beberapa tahun kebelakangan ini, anda boleh memuat turun demo kebanyakan versi lama PES di Softonic. Lihatnya di sini:

- Pro Evolution Soccer 4 - Pro Evolution Soccer 5 - Pro Evolution Soccer 6 - Pro Evolution Soccer 2008 - Pro Evolution Soccer 2009 - Pro Evolution Soccer 2010 - Pro Evolution Soccer 2011 (untuk dibeli sahaja)

Bagus
  • Grafik yang realistik dan animasi yang lancar
  • Kecerdasan buatan yang bijak
  • Mod latihan berasaskan cabaran
Tidak bagus
  • Kawalan off-the-ball sangat renyah

Muat turun: Paling Banyak Bola sepak

  1. PES 2012

    Sim bolasepak yang pintar dan cantik dilihat

  2. Plants vs. Zombies
  3. Minecraft
  4. Call of Duty 4
  5. Need For Speed World